keguguran…

…rambut yang serious…
sejak 1 mnggu lepas rambut sy mula terlerai….melekat merata2. haiyahhhhhhhhhhh. rmbut y tak berapa pnjng ni pon ada mlsh juga. sy dah x berani nak sikat sbb byk snngt yang gugur…

apa nk buat????

saya on February 9th, 2010 | File Under Uncategorized | No Comments -

Masa tidur

Alangkah bahagia bila kakak tidur jam 9 mlm manakala adik sudah lelap dr jam 6 ptg dan 2 beradik hanya akan bgun pd jam 8pg keesokkan hari.

saya on January 31st, 2010 | File Under Uncategorized | 3 Comments -

Selamat hari lahir

Sudah 5 tahun usia kakak.
Masa pantas berlalu.
Tahun ni kakak sudah pandai minta hadiah.
Ditambah pula tahun ini di bulan kelahirannya semua ahli keluarga tersayang ada di sisi. Kakak sudah membilang dan mewar2kan kepada semua dia nak hadiah birthday. Siapa yang dah bg akan diingat begitu juga kpd yang belum pasti ingat juga.

saya on January 30th, 2010 | File Under Uncategorized | 4 Comments -

Pagi

Mood adik paling baik adalah waktu pg selepas baru bgun tidur. Kebiasaannya adik akan bgun dlm jam 8 lebih. tp dlm jam 7 tu adik dah mula tidur x lena kejap ke kiri kejap ke kanan. Tp mata tutup lagi. bila di tepuk22 adik akan tidur kembali. Biasa akan akan minta susu dlm jam 6 lebih dan tidur kembali. Bangun tidur pg adik jrg nak susu. Selepas mandi dan bermain barulah adik nak susu sbb nak tidur semula. Pagi2 ni blehla adik dibiarkan main sendiri lebih kurang 1-2 jam tanpa teman. Kalau kakak dah bgun adik lagi seronok sbb ada org meneman dia berbual.

saya on January 29th, 2010 | File Under Uncategorized | No Comments -

baik

Adik boleh di kategori baby yang tidak byk ragam. Tapi bila dah meragam/mula menangis memang bisa bikin saya tak keruan. Adik biasa akan mengamuk bila terlalu mengantuk akibat tidur siang yang pendek. Maka bila hamipr waktu maghrib hati22lah. jgn bg adik mula menangis/tidak di layan. Tangisan yang kecil akan jd besar dan berpanjangan. Biasanya keadaan ini berlaku bila travel dan ramai peminat kecil yang nak bermain dgn adik. Maka siang adik x tidur lama dek kerana peminat ramai nk beramah mesra.

Bila adik buat perangai maka adik nak menyusu secara berdiri…hadoiii lenguh la bdn sakitlah belakang mommynya ni….sabar ajalaaa

saya on January 27th, 2010 | File Under Uncategorized | No Comments -

Al- Fatihah

4 tahun yang lalu, hari khamis lebih kurang jam 7 pg lebih, ketika kami sekeluarga sedang sibuk menguruskan keperluan utk bekerja saya menerima panggilan telifon dr abah. Membawa khabar duka. Lemah anggota badan terasa. Namun realitinya terpaksa di telan. Kehilangan masih terasa. Rindu tak pernah terubat. Kasih dan sayang terus menebal. Semoga roh arwah emak tenang bersemadi di sana dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman- Ameen.

saya on January 26th, 2010 | File Under Uncategorized | 1 Comment -

for sale

babyshoe

M0th3rc@r3 pre walker shoe
baru di guna x lebih 3x
saiz 0-3 bulan
RM30 termasuk poslaju

saya on January 25th, 2010 | File Under Uncategorized | No Comments -

gambar besar

nak tahu kenapa gambar2 y sy post semua besar2 belaka dan mcm kena gunting di tepinya. sbbnya ialah sy mls nak menunggu masa berjam22 utk upload gmbar. jalan pintas copy paste aja dr fac*bo&k.

saya on January 22nd, 2010 | File Under Uncategorized | 1 Comment -

hasil tgn kakak

kakak memang rajin sngt nak mngambil gambar adik. dan ini sebahagian dr hasil seninya.

saya on January 22nd, 2010 | File Under Uncategorized | 1 Comment -

beanie

Mencuba beanie hasil tgn Fizan.
Adik tgh mood kureng sbb dah 3 jam x tido since bgun pg. kakak sngt excited nak meragamkan adik.

saya on January 19th, 2010 | File Under Uncategorized | 6 Comments -